Tuesday, October 30, 2012
Komunikasi dan hubungan
Komunikasi itu sendiri membawa maksud perhubungan timbal balik antara dua pihak. Tanpa komunikasi yang berkesan, sesebuah hubungan tidak akan berjaya. Di sini, saya berikan beberapa contoh kes untuk melihat kepentingan komunikasi dalam sesebuah hubungan.
Pasangan A:
Sudah lama bercinta. Sejak awal percintaan, mereka tiada masalah dan tidak pernah bergaduh. Sebabnya? Si lelaki tahu apa yg teman wanitanya inginkan. Begitu juga pasangannya. Si perempuan mahu si lelaki memberi perhatian kepadanya dan si lelaki dengan ikhlas memberikannya. Jarak yang jauh tidak menjadi masalah buat mereka kerana saling berhubungan. Lagipun, bukannya perlu guna burung merpati untuk bertanya khabar. Telefon jadi perantara. Si lelaki juga berkelakuan baik, tidak mengeluarkan kata-kata kasar, malah selalu buat kejutan dan mengucapkan kata-kata manis. Mereka berdua bahagia kerana ada komunikasi dua hala. Bagi si lelaki, membuat panggilan telefon dan menghantar mesej bukannya sebuah beban.
Pasangan B:
Sudah lama bercinta. Mereka tiada masalah bila berdekatan. Masalah timbul bila berjauhan. Si perempuan terpaksa menjadi pengemis perhatian walaupun dia tahu ia tak akan berbalas kerana si lelaki tidak tahu menzahirkan perasaannya bila berjauhan. Seolah-olah si lelaki tak berperasaan langsung. Kalau apa yang diharapkannya berbalas sekali pun, seolah-olah ianya adalah sebuah keterpaksaan dan mengkapkan rutin. Si lelaki seolah-olah mempunyai rancangan sendiri untuk menguji dan menghukum pasangannya. Ego jadi penghalang si lelaki untuk menzahirkan perasaannya. Si perempuan yang sedar kadangkala cuba untuk tidak terlalu bergantung harap, tetapi akhirnya menemui kekecewaan kerana gagal menipu diri sendiri. Bahagia? Si perempuan, kadangkala bahagia dan kadangkala tidak. Cuba menipu diri sendiri untuk mengatakan bahawa dia bahagia. Dalam kes ini, si lelaki lebih bahagia kerana tinggal di guanya sendiri dan tak perlu memberi komitmen. Free as bird!
Pasangan C:
Sudah lama bercinta. Masing-masing mempunyai sikap ego yang tinggi. Si perempuan tidak meminta perhatian tetapi mengharapkan pasangannya tahu sendiri dan meberikannya secara automatik tanpa perlu dipinta. Si lelaki yang juga ego dan gemar tinggal di gua sendiri, menganggap tiada apa yang perlu diberikan selagi tidak dipinta. Kelal dalam gua, manakala si perempuan memendam rasa, namun tidak mahu meluahkan. Mereka sangat jarang berkomunikasi lantaran masing-masing mengharapkan pasangan yang memulakannya dahulu. Hubungan mereka putus di tengah jalan.
Daripada ketiga-tiga contoh ini, komunikasi sememangnya penting dalam perhubungan. Sudah lumrah dan sifat semulajadi wanita inginkan perhatian dan kasih sayang. Masing-masing perlu saling memahami dan melengkapi. Sesebuah hubungan tidak akan sempurna jika tiada give and take dan hanya sebelah pihak sahaja yang memberi. Biasanya perempuan yang selalu merasa mempunyai masalah dalam perhubungan, lelaki kurang merasa demikian kerana menganggap diri mereka sudah cukup sempurna dan melakukan yang terbaik untuk pasangan. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan berbincang dan muhasabah diri.
Kesilapan lelaki adalah mereka menganggap apabila pasangan mereka mengadu atau menceritakan masalah sehari-hari yang dihadapi, mereka perlu berfikir dan memberikan jalan penyelesaian. Hakikatnya, perempuan hanya ingin berkongsi. Lelaki hanya perlu menjadi pendengar yang baik. Perempuan juga bersedia mendengar dan merasa dihargai jika pasangan sudi berkongsi cerita dan masalah dengan mereka.
Lelaki memang memerlukan ruang untuk diri mereka sendiri dan perempuan perlu faham dan memberi mereka ruang. Tidak salah memiliki “gua” sendiri. Tapi, tidak mempedulikan perasan orang lain telah membunuh dan melukakan perasaan orang yang menyayangi anda. Lelaki, adakah anda gembira berbuat demikian?
Oleh itu, berkomunikasilah dengan baik
Anda pasangan yang bahagia atau tidak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment