Sunday, December 26, 2010

Tuesday, December 21, 2010

takut dengan bosan

semua orang punya ketakutan. takut hantu. takut gagal. takut kehilangan.
tapi aku takut dengan bosan. bosan buat aku rasa kosong, sunyi, tak punya apa-apa. hanya ada aku dan encik bosan. bukan aku tak cuba untuk buang jauh-jauh. tapi bosan datang lagi. umpama iklan "tora datang lagi" di zaman kanak-kanak dulu.
orang kata daripada duduk termenung, melangut, takde ape nak buat, baik kahwin je. tapi.. banyak tapi nya.
cuti yang lama buat aku bosan dan meniti hari-hari yang semakin membosankan. aku harapkan dengan berakhirnya cuti yang panjang boleh buat aku lupakan si bosan jauh-jauh. tapi tak berjaya. mula-mula bosanku berjaya disembuhkan, tapi tak perlu tunggu lama, dia datang lagi. argghhhhh!!!!!!! aku rasa ingin menjerit sekuat hati atau menangis semahunya. tapi apa yang aku dapat.
kawan? memang aku punya kawan walaupun tak ramai. tapi kawan hanya mampu meneman sejenak waktu. aku takut jadi penyibuk. si bosan juga jadi teman karibku.
tempat? memang banyak tempat menarik. tapi jarang aku kunjungi.
sesuatu? mungkin aku boleh lakukan sesuatu. tapi apakah sesuatu itu? aku takut lakukan sesuatu yang membosankan. aku juga takut bila berakhirnya sesuatu itu, aku akan bosan kembali.
cinta? aku tak pernah bosan dengan cinta. aku harap aku takkan bosan dengan cinta.
sayang? aku tak bosan disayangi dan menyayangi. bahkan ingin selalu begitu.
sebenarnya apakah penyembuh bosan. bila ditanya pada sesiapa, mudah saja jawapannya. "buatlah apa-apa yang kau suka".
kalau begitu, aku akan jawab, "aku suka berjalan-jalan tapi takde siapa yang nak bawa aku atau meneman." tapi kenapa? "mungkin sebab aku tak ramai kawan". terkadang aku cemburu dengan manusia yang sentiasa terisi masanya. aku juga cemburu dengan manusia yang punya ramai teman. perlukah aku cari lagi?
aku bukan mengeluh atau merungut. aku juga tak duduk diam melayan si bosan. boleh gila jadinya.

tolong aku!
aku yang takut dengan bosan.

*ditulis selepas mendapat idea semasa mencuci pakaian. salah satu aktiviti berkesan bila bosan.

Friday, December 3, 2010

rindu baik vs rindu jahat

Rindu. Sama seperti bakteria. Ada bakteria baik dan ada bakteria jahat. Bergantung sejauhmana seimbangnya atau dominannya.
Rindu juga ada rindu baik dan rindu jahat. Bergantung bagaimana seseorang itu mengendalikannya.
Rindu baik sangat indah, dibuai cinta, menuai rasa, tak dimamah masa.
Rindu jahat sangat gundah, dilambung gelora, menjeruk rasa, dimamah masa.
Rindu baik akan bertukar menjadi rindu jahat jika tak diubat segera.
Namun, rindu jahat masih boleh diubat menjadi rindu baik. Jika bakteria jahat boleh dibunuh oleh bakteria baik umpama meminum susu berkultur hidup, bagaimana rindu jahat ini dibunuh? apakah ada susu berkultur rindu baik? Rindu yang mengganas boleh bertukar menjadi dendam. Rindu dendam, bunyinya saja sudah mengghairahkan. Jika dendam ini terbalas, terhapuskah rindu? Relakah menghapus rindu? Bagaimana jika rindu itu rindu baik?
Aku suka merindu. Rindu buat aku rasa aku masih punya perasaan.