Tuesday, January 26, 2010

Air Mata Lelaki

Hari ini saya terbaca tentang kisah seorang lelaki yang mengalirkan air matanya kerana seorang wanita. Bukan kerana ditinggalkan kekasih atau kekasih disambar jejaka lain. Tetapi menangis kerana bekas kekasih yang kononnya memfitnah diri beliau atas sifat dan kelakuan buruknya terhadap wanita tersebut semasa mereka masih di alam percintaan. Lelaki ini dituduh mengasari wanita tersebut serta bersikap panas baran. Persoalannya, mengapa baru sekarang isu ini dibangkitkan? Jika benar pun, bukti sudah terpadam dek masa yang sekian lama. Yang tinggal hanyalah kesan lebam di hati wanita tersebut. Nampaknya lebam di hati sudah menjadi barah. Bukan barah hati. Tapi barah dendam.

Lelaki ini saya sifatkan memiliki sifat kejantanan yang cukup sempurna. Dari susuk tubuhnya yang tampak gagah dan raut wajahnya umpama lelaki melayu sejati yang bisa mencairkan hati wanita. Lelaki melayu terakhir mungkin. Wajarkah beliau menangis gara-gara kata-kata nista yang dilemparkan wanita berhati lebam ini? Dimanakah ego beliau sebagai lelaki sehingga membenarkan wajah yang dihujani gerimis disertai guruh di hati ditatap sekalian manusia? Memang benar air mata tak perlu ditahan. Lelaki juga bisa menangis. Mungkin lelaki ini percaya dengan lirik lagu dari 'The Lucky-Lucky'. "Aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis". Lirik ini mungkin berkumandang di telinga beliau sebagai penguat semangat ketika beraksi sebegini. Namun, atas motif apakah lelaki ini menghujankan dirinya? Apa tidak bisakah gerimis mengundang itu disembunyikan? Jujur? Mengharapkan simpati? Tidak betah? Emosi tak terkawal? Atau mengharapkan pelangi girang tujuh warna terbit di ufuk mentari selepas hujan?
Mungkin.

Saya suka mengambil contoh seorang teman saya. Seorang lelaki yang tidak bisa lagi mengalirkan air matanya kerana sudah mengunci perasaannya. Wajarkah lelaki tadi mengikut jejak langkah lelaki ini?

Ini bukan kisah wanita yang sinonim dengan air mata. Juga bukan kisah air mata duyung yang menjadi lagenda.

Tuesday, January 19, 2010

Lepas

Lepas?Terlepas?Melepaskan?Dilepaskan?Melepas?

Bukan seperti lipas yang melepaskan diri dari semburan racun serangga bernama Sheildtox,Fumakila dan yang seangkatan dengannya di pasaran. Bukan seperti mat-mat rempit yang lepas lari dari sekatan pak-pak polisi di jalanan maut mereka.Bukan juga lepas dari leteran bervirus mak bapak untuk budak-budak hingusan yang baru nak naik, baru nak kenal hidup. Kisah budak-budak hingusan ni ade kena-mengena la sikit dengan kisah 'lepas' yang aku nak cerita.

Cinta monyet. Biasalah cinta jenis ni budak-budak hingusan yang rasa. Cinta pertama konon. Entah berapa kali cinta pertama pun tak tahu lah. Itu baru cinta monyet. Kadang-kadang cinta monyet ni pun boleh jadi cinta mati. Jadilah cinta robot vs patung. Entah apa yang merasuk makhluk-makhluk ni pun aku tak tahu.

Jangan ingat perempuan je yang sanggup buat apa saja, bergadai demi cinta. Lelaki pun ada yang sanggup ketepikan ego mereka walaupun kaum adam inilah yang kaya dan terkenal dengan sikap yang mereka anggap jantan sangat. Ada yang sanggup melutut depan perempuan semata-mata taknak hilang awek. Itu belum merayu, menangis sampai keluar air mata darah. Ugut macam-macam. Nak bunuh diri. Terjun bangunan lah. Kalau teringin sangat nak mati sebab nak buktikan cinta, pergi sana. Ada aku kisah? Sedar tak sedar kaum aku yang jadi mangsa sebenarnya bila berdepan dengan spesies lelaki robot macam ni.

Bila perempuan mintak mereka dilepaskan dari balak diorang, tak semestinya diorang ni zalim, takpun kejam. Kalau lari ikut balak lain tu lain cerita la. Ada ke manusia yang sanggup hidup dalam kongkongan? Kononnya, nak jaga awek. Tapi hakikatnya, diorang ni takut.

Siapa yang jadi mangsa sebenarnya? Perempuan? Lelaki? Tengok kes jugak. Ada satu kes, perempuan ni dah takde rasa apa lagi pun kat balak dia. Sayang dah hilang entah kemana. Cinta jauh sekali. Keliru je yang ada. Dia cuma ada dua pilihan, teruskan hubungan tak cukup rasa? Atau terus terang je. Kalau teruskan, perempuan ni takkan bahagia. Jadilah patung bernyawa tak berperasaan. Menipu diri, menipu si robot terlebih perasaan. Kalau terus terang, satu pihak sakit hati tapi mereka tak sedar sebenarnya itulah yang membahagiakan mereka dari terus-terusan ditipu si patung bernyawa.

Lebih sukar lagi, kalau si robot ni tak faham-faham bahasa. Hanya tahu memutarkan lagu-lagu jiwang. Hidup dalam kenangan. Tak berpijak di bumi yang nyata. Terapung-apung di atmosfera kayangan yang tak pernah wujud. Si patung dah penat berkali-kali bertindak sebagai guru semata-mata nak terangkan apa itu perasaan? Ini lah yang jadi bila si robot yang diprogram dengan perisian cinta diajar si patung bernyawa sebagai programmer. Takde jalan penyelesaian. Elok-elok jadi patung barbie terus jadi patung monster.

Patung : Aku nak lepas, kau kena lepaskan aku.
Robot : Aku taknak lepaskan kau, nanti aku yang melepas.

Apa yang patung kena buat? Ikutkan hati? Jawapannya simpati, merana diri. Ikutkan akal? Jawapannya rasional, tapi robot makan hati, gigit jari.

Apa yang kau nak patung? Lepas dari dunia dimensi ke dunia realiti. Bebas dari patung yang membalut diri dan ditransformasi sebagai manusia sejati yang ingin bahagia? Fikirlah...

Apa yang kau nak patung? Terus jadi patung dan berdamping dengan robot? Tak ingin bahagia? Cukup untuk membahagiakan? Fikirlah dua tiga kali...

Manusia perlu sedia melepaskan sesuatu yang mereka ada.
Itulah lepas...


Friday, January 15, 2010

Sunyi

Sunyi..
Kau temanku
Atau musuhku

Aku selalu sunyi
Sunyi jadi temanku

Aku selalu sunyi
Sunyi jadi musuhku

"Sunyi,
kenapa kau datang?"
Aku datang untuk jadi temanmu
"Aku tak perlukan kau."
Kau perlukan aku
"Pergi !
Kau musuhku
Kalau aku perlukan kau,aku panggil kau jadi temanku."

"Sunyi,
kenapa kau tak datang?"
Aku takut kau tak perlukanku
"Aku perlukan kau."
Kau tak perlukan aku
"Datanglah wahai sunyi.
Aku ingin kau jadi temanku"

Bahagia

Aku selalu bertanya
Apa itu bahagia
Seperti aku tak pernah merasakannya
Atau aku sengaja merahsiakannya
Apakah aku lupa
Atau aku keliru
Apakah aku sedang bahagia atau tidak

Jawapannya semua padaku
Tapi aku masih tak tahu
Tak mengerti

Akhirnya
Aku beri jawapan pada diriku
Rasa inilah erti bahagia diriku
Tak perlu dicari
Tapi datang sendiri