Thursday, March 25, 2010

rindu

Aku rindu
hamparan pantai
desir ombak memukul

Aku rindu
damai tasik
ikan comel leka bermain

Aku rindu
hijau hutan
deru air
bingit kicau

Aku rindu
ingin berdua
bawaku ke pulau

Aku rindu
sungguh aku rindu
sampaikan padanya

Monday, March 22, 2010

sedingin hujan

hujan malam ini
aku memandang ke luar jendela
membuang perasaan dingin
yang lebih dingin dari kedinginan hujan malam

selamat tinggal dingin
baluti aku dengan kehangatan

tanpa kekasih

Perlukah seseorang itu berasa dirinya kosong jika tak punya kekasih? Jika ya, tandanya anda lemah kerana tak mampu berpijak di atas kaki sendiri. Jika tidak, tandanya anda kuat kerana tak perlukan title kekasih untuk terus bisa berdiri.

Perlukah seseorang menyesali dirinya yang telah ditinggalkan kekasih atau meninggalkan kekasih? Jika ya, tandanya anda keliru dalam membuat keputusan. Jika tak menyesal langsung, tandanya anda membuat keputusan yang bijak. Tahniah!

Benarkah orang yang tak punya kekasih tak punya perasaan? Tanpa kekasih tak bererti melenyapkan seluruh perasaan. Malah kadangkala mereka lebih berperasaan daripada orang yang punya kekasih. Tak punya kekasih juga berhak merindu dan menyayangi. Dirindu dan disayangi.

Monday, March 8, 2010

dear diary

dear diary
everyday i wrote on your chest
sometimes my tears drop on your skin

dear diary
you are my mirror of my smile
you are my screen of my memory

Friday, March 5, 2010

cinta atau sayang?

Cinta tak sama dengan sayang. 'rasa cinta' dan 'perasaan sayang'. Mana yang lebih besar? 'Rasa' hanyalah gerak hati boleh hilang sekelip mata jika gerakan itu terhenti. 'Perasaan' penuh dalam hati menunggu masa untuk diluahkan dan disimpan kembali.

Jika cinta itu bererti, mengapa ramai yang tak tahu erti cinta. Muncullah persoalan apa itu cinta?

Cinta tak dapat menandingi sayang. Sayang lebih berperasaan. Cinta boleh jadi kosong tanpa perasaan.

Cinta adalah menakluki. Cinta akan berusaha untuk memiliki. Sayang tidak perlu menakluki. Cukuplah sayang tanpa memiliki.

Jika seseorang itu mengungkapkan cintanya, apa yang boleh dirasakan si penerimanya? Hanya kesan khas yang sementara. Jika seseorang mengungkapkan sayangnya pada seseorang, ungkapan itu lebih bermakna dan mendatangkan kesan perasaan kepada penerimanya. Rasa lebih dihargai disayangi daripada dicintai.

Manusia mungkin lebih mementingkan cinta berbanding sayang. Cinta sukar untuk menjadi luas. Muncullah cinta yang satu. Tapi sayang boleh menjadi luas. Sayang boleh jadi cinta. Tapi cinta tanpa sayang tiada erti.

Mengapa harus cinta untuk dapatkan sayang? Biarlah sayang datang dahulu sebelum cinta.

Jika disuruh memilih, aku akan pilih sayang.