Friday, March 5, 2010

cinta atau sayang?

Cinta tak sama dengan sayang. 'rasa cinta' dan 'perasaan sayang'. Mana yang lebih besar? 'Rasa' hanyalah gerak hati boleh hilang sekelip mata jika gerakan itu terhenti. 'Perasaan' penuh dalam hati menunggu masa untuk diluahkan dan disimpan kembali.

Jika cinta itu bererti, mengapa ramai yang tak tahu erti cinta. Muncullah persoalan apa itu cinta?

Cinta tak dapat menandingi sayang. Sayang lebih berperasaan. Cinta boleh jadi kosong tanpa perasaan.

Cinta adalah menakluki. Cinta akan berusaha untuk memiliki. Sayang tidak perlu menakluki. Cukuplah sayang tanpa memiliki.

Jika seseorang itu mengungkapkan cintanya, apa yang boleh dirasakan si penerimanya? Hanya kesan khas yang sementara. Jika seseorang mengungkapkan sayangnya pada seseorang, ungkapan itu lebih bermakna dan mendatangkan kesan perasaan kepada penerimanya. Rasa lebih dihargai disayangi daripada dicintai.

Manusia mungkin lebih mementingkan cinta berbanding sayang. Cinta sukar untuk menjadi luas. Muncullah cinta yang satu. Tapi sayang boleh menjadi luas. Sayang boleh jadi cinta. Tapi cinta tanpa sayang tiada erti.

Mengapa harus cinta untuk dapatkan sayang? Biarlah sayang datang dahulu sebelum cinta.

Jika disuruh memilih, aku akan pilih sayang.

3 comments:

  1. Sayangnya dlm cinta kita sngt jarang peduli,tp ketika cinta itu tulus meski di acuhkan,cinta ttp mulia,& kamu seharusnya berbahagia hatimu dpt menyintai ssorg yg kau sayangi.Mungkin akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai ssorg bkn krn ssorg itu berhenti menyintai kita,melainkan jika kita menyedari org itu akan lebih berbahagia jika kita melepaskannya.Namun,biarpun kau benar2 mencintainya,jangan lepaskan dia..

    ReplyDelete
  2. kerana cinta itu,suatu yang bernilai,lahir dari hati dan hari yang inginkan kepastian..biarpun ianya suatu yang rumit,kadangkala itu menjadikan kita manusia yang akan menghargai cinta dengan hati yang ikhlas..:)

    ReplyDelete