Wednesday, April 21, 2010

berjalan di atas serpihan kaca

jika dahulu gadis itu berjalan di atas lapisan ais dan dia akhirnya selamat. kini gadis itu berjalan di atas serpihan kaca yang dia pecahkan sendiri. gadis itu tak takut terluka. dia yakin dengan kekuatan yang dia punya, dia tak akan terluka. jika gadis itu terluka sekalipun, dia tak peduli walaupun dia tahu luka itu sangat menyakitkan. apatah lagi jika gadis itu sendiri tahu yang dia akhirnya akan terluka kerana kaca yang dia sendiri pecahkan.

No comments:

Post a Comment